Daftar

Notis

Notis dengan ini diberikan bahawa:

  1. maklumat yang kamu kemukakan seperti yang diminta dalam borang permohonan ini adalah untuk tujuan dan berkenaan dengan permohonan kamu sebagai Pengedar Syarikat. Kamu berhak untuk tidak memberikan maklumat yang diminta tetapi sekiranya kamu berbuat sedemikian, Syarikat mempunyai budi bicara sama ada meluluskan permohonan kamu akibat ketidakcukupan maklumat.
  2. sekiranya permohonan kamu diluluskan, selain daripada maklumat yang telah kamu diberikan, Syarikat mungkin meminta maklumat lanjut yang berkaitan dan akan menyimpan rekod maklumat berkenaan dengan nilai markah, pengiraan pendapatan yang kamu perolehi daripada aktiviti yang kamu lakukan untuk tujuan perniagaan yang mana kamu adalah Pengedar Syarikat dan maklumat lain yang berkaitan.
  3. selagi kamu adalah Pengedar Syarikat dan untuk tujuan operasi perniagaan Syarikat termasuk pematuhan obligasi undang-undang, maklumat sebagaimana yang kamu kemukakan atau yang diperolehi, diurus dan disimpan oleh Syarikat dalam masa aktiviti kamu sebagai Pengedar Syarikat hendaklah diurus, dikongsiguna, diguna, dikemuka, diserah dan diedarkan kepada individual berkaitan menurut plan perniagaan dan pemasaran Syarikat and mana-mana badan kawalan (“regulatory bodies”) yang mana perniagaan Syarikat adalah berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada ketua/pengedaran atasan (“distribution up-line/leaders”) kamu dan syarikat induk kami di New Zealand.
  4. kamu berhak tidak memberikan apa-apa maklumat yang diminta semasa kamu menjadi Pengedar Syarikat atau menghadkan pemprosesan maklumat sedemikian dengan memberikan notis bertulis kepada Syarikat. Namun sekiranya keengganan atau penghadan pemberian maklumat sedemikian menjejaskan pengendalian plan perniagaan dan pemasaran yang berpatutan berkenaan dengan kamu, Syarikat berhak menamatkan kamu sebagai Pengedar Syarikat.
  5. kamu berhak memohon akses dan memohon untuk membetulkan apa-apa maklumat yang telah diurus dan disimpan oleh Syarikat berkenaan dengan aktiviti kamu sebagai Pengedar Syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat tersebut di atas.

Deklarasi

Saya dengan ini memberi deklarasi bahawa saya telah membaca dan memahami kandungan Notis di atas and dengan ini memberikan persetujuan saya kepada Syarikat untuk memperolehi, memproses, mengurus, mengguna dan mengkemukakan maklumat sedemikian yang telah saya kemukakan dalam borang permohonan ini dan sekiranya saya diluluskan sebagai Pengedar Syarikat, maklumat lain-lain sedemikian bagi tujuan yang telah dinyatakan dalam Notis tersebut di atas.

"I,
 
, prior to becoming a representative of New Image, have read and understand the New Image marketing plan and representative agreement which are deemed to form part of this agreement. I have read and I am fully aware of the terms and conditions, refund policy and exchange policy laid out in the Terms for Electronic Signature above."

Sila masukkan maklumat anda dalam huruf seperti dalam ayat (e.g. James Smith) ✓, bukan dalam huruf besar (JAMES SMITH) ❌.